Kehidupan awal Sulli

Sulli dilahirkan pada 29 Mac 1994 di Yangsan, Gyeongsang Selatan, Korea Selatan. Semasa kecil, beliau tinggal di Busan. Nama asalnya adalah Choi Jin Ri. Jinri bermaksud kebenaran. Sulli merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya, dimana beliau mempunyai dua adik-beradik yang lebih tua. Ketika beliau masih kecil, ibunya masuk untuk menemaninya ke sekolah. Sulli pertama kali datang ke Seoul pada tahun 2004, dan pada tahun 2005, Sulli mula melibatkan diri dalam bidang lakonan profesional sebagai Princess Sunhwa muda dalam drama SBS The Ballad of Seodong dan beberapa kemudian menjadi cameo di drama SBS lain, Love Needs Miracle.

Bermula daripada lakonan drama, Sulli bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi, beliau kemudian mengikuti dan berjaya dalam ujibakat lakonan SM dengan menyanyikan lagu dari S.E.S. bertajuk "Chingu (Friend)". Setelah ujibakat, beliau secara rasmi menjadi sebahagian daripada SM trainee dan pada tahun yang sama berpindah ke asrama bersama Taeyeon & Tiffany Girl's Generation. Sulli tetap tinggal disana sehingga kemunculan Girl's Generation pada 2007.[1]

Pendidikan

Sulli mendapat pendidikan dari Jungbu Elementary School [2] dan melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah, Chungdam Middle School. Beliau berkelulusan dari School of Performing Arts Seoul pada 7 Februari 2013.